indahnyer saat bersama kawan.... persahabatan sangat bererti...
Thursday, December 30, 2010
Posted by w@n at 8:58 AM 0 comments
Friday, May 7, 2010
LIRIK LAGU ILMU ASAS KEJAYAAN
ILMU ASAS KEJAYAAN
Ilmu asas untuk kita mencapai kejayaan,
Ilmu pentingnya bagai senjata di medan perang,
Untuk menempuh cabaran di masa hadapan,
Yang menjanjikan hidup bahagia pada kita semua,
Ibu akan ku bawa bingkisan kejayaan utukmu,
Ayah akan ku balas jasa-jasa mu itu,
Pasti akan ku temu jua kejayaan mu itu,
Walau terpaksa merantau jauh dari diri mu,
Walau sukar ku tempuh jua…
C/O
Perpatah melayu pernah berkata,
Tidak kenal mata ke jalan cinta,
Oleh itu cintailah ilmu…
Berusaha bersungguh-sungguh,
Marilah teruskan usaha untuk kejayaan bersama,
Oh ilmu pastinya untuk kita Berjaya,
Perpatah melayu pernah berkata,
Tidak kenal ke jalan cinta,
Oleh itu cintailah ilmu,
Berusaha bersungguh-sungguh,
Semoga kita beroleh kejayaan yang kita impikan,
Oh tuhan hanyalah pada mu kami berserah….
Gunakan minus one lagu tiara untuk mengunakan lirik ini…
(Ditulis semula oleh wan Melaka)
Posted by w@n at 6:33 AM 0 comments
Wednesday, March 31, 2010
Empat sebab hati menjadi gelap
Posted by w@n at 8:00 PM 0 comments
Sunday, March 7, 2010
RUANG DAN PELUANG
Dalam kehidupan manusia kita sentiasa akan diduga dengan bermacam-macam rintangan. Sebenarnya rintangan yang diharungi menguji kesabaran seseorang hambanya. Namun insan yang bijak mengunakan ruang dan peluang sahaja yang mampu mengharungi dugaan tersebut dengan tabah. Ketabahaan seseorang bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Allah akan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Dugaan yang di berikan oleh Allah kepada hambaNya kerana Allah masih mengasihiNya dan mengingatkan kita supaya untuk berubah. Peluang masih terbuka luas kepada hambaNya yang mahu berubah. Setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri. HikmahNya dapat kita lihat selepas berlakuNya sesuatu. Pengalaman yang lalu mematangkan kita. Pengalaman lalu mengajar kita lebih berhati-hati didalam apa jua sekalipun.
"GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI KITA GAGAL UNTUK SELAMA-LAMANYA"
" KEKUATAN SESEORANG ITU TERLETAK PADA KEIMANAN DAN KETAKWAAN SESEORANG TETAPI TIDAK SEMESTINYA ORANG YANG TAKWA TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN KERANA MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN TETAPI KITA MAMPU MENGUBAHNYA SEKIRANYA KITA BERNIAT UNTUK BERUBAH"..
Posted by w@n at 7:04 AM 0 comments
Saturday, February 6, 2010
Masalah Bimbang
Bimbang ertinya berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yang diingini berlaku. Bimbang juga bermakna khuatir atau risau.
Bimbang, adalah satu perasaan yang lumrah dalam hidup kita.
Bimbang, boleh menjadi pendorong ke arah kerja kuat. Bimbang juga boleh memberi kesedaran atau mengingat kita, betapa cabaran atau dugaan yang sedang atau akan dihadapi, perlukan perhatian yang bersungguh-sungguh, tidak lupa diri dan tidak alpa.
Bimbang boleh menjadi sebaliknya, iaitu negatif,
sekiranya dibiarkan sampai ke tahap keterlaluan.
Tahap histeria. Di mana kita jadi tak tentu arah,
fikiran bercelaru, mudah putus asa dan sugul.
Oleh itu waspadalah. Ingat bahawa bimbang ialah
sesuatu yang lumrah. Ia boleh hilang atau tidak menyeksa diri kita, jika kita dapat mengawalnya. Ia boleh hilang atau boleh berkurangan.
Kita mesti ingat bahawa, kita tidak boleh berpatah balik.
Kita tidak boleh kecewakan sesiapa pun.
Lebih-lebih lagi diri sendiri.
Posted by w@n at 10:19 PM 0 comments
RAHSIA ATAU PRINSIP KEJAYAAN
HIDUP ini ialah perjuangan. Yang kuat bernafas, yang lemah tertindas. untung rugi seseorang bergantung pada kesungguhan atau pengorbanan yang dicurahkan bagi mencapai tujuan hidup masing-masing.
Hidup ini penuh dengan pancaroba dan masalah. Dugaan dan cubaan sering mencabar diri. Sesiapa yang berjaya melepasinya akan mengecapi kemanisan hidup.
Seseorang yang berkemahuan yang jelas dan tegas akan berusaha untuk menang. Atau memperjudi seluruh masa dan tenaga untuk mendaapt apa yang dia mahu.
Kemahuan lahir dari fikiran dan cita-cita. Kemahuan akan menimbulkan ikhtiar atau perancangan dan gerak kerja. Setiap masalah atau kekecewaan dianggap satu pengalaman yang berguna dan dijadikan cabaran untuk lebih gigih dan berhati-hati, agar tidak melakukan kesilapan yang sama.
Kekecewan dialami oleh semua orang, kekecewaan ialah suatu keadaan dalam jiwa yang dirasakan apabila menemui kegagalan dalam usaha. Jika kekecewan itu diterima sebagai sesuatu yang malang, maka ia benar-benar menjadi kecewa. Sebaliknya jika diterima sebagai satu pengajaran, ia akan menjadi satu latihan dan pengalaman yang amat berharga.
Pengalaman amat mustahak dalam menangani hidup. Ia amat berbeza dengan ilmu, yang mana dapat dicari melalui buku-buku. Pengalaman didapati oleh orang yang menagalaminya sahaja.
Banyak kerjayaan dicapai hasil kekecewaan, kerana kekecewaan menutup satu babak perjalanan hidup dan membuka suatu lembaran baru, menghidupkan keazaman baru dan semangat baru untuk mencipta kejayaan yang dicita-citakan.
Posted by w@n at 6:58 PM 0 comments
