? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.4 (48 Ratings)??1090 Grabs Today. 14982 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Smokeing Weed? ????? ?? ???Rating: 4.5 (26 Ratings)??918 Grabs Today. 13657 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Co BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 6, 2010

RAHSIA ATAU PRINSIP KEJAYAAN

HIDUP ini ialah perjuangan. Yang kuat bernafas, yang lemah tertindas. untung rugi seseorang bergantung pada kesungguhan atau pengorbanan yang dicurahkan bagi mencapai tujuan hidup masing-masing.

Hidup ini penuh dengan pancaroba dan masalah. Dugaan dan cubaan sering mencabar diri. Sesiapa yang berjaya melepasinya akan mengecapi kemanisan hidup.

Seseorang yang berkemahuan yang jelas dan tegas akan berusaha untuk menang. Atau memperjudi seluruh masa dan tenaga untuk mendaapt apa yang dia mahu.

Kemahuan lahir dari fikiran dan cita-cita. Kemahuan akan menimbulkan ikhtiar atau perancangan dan gerak kerja. Setiap masalah atau kekecewaan dianggap satu pengalaman yang berguna dan dijadikan cabaran untuk lebih gigih dan berhati-hati, agar tidak melakukan kesilapan yang sama.

Kekecewan dialami oleh semua orang, kekecewaan ialah suatu keadaan dalam jiwa yang dirasakan apabila menemui kegagalan dalam usaha. Jika kekecewan itu diterima sebagai sesuatu yang malang, maka ia benar-benar menjadi kecewa. Sebaliknya jika diterima sebagai satu pengajaran, ia akan menjadi satu latihan dan pengalaman yang amat berharga.

Pengalaman amat mustahak dalam menangani hidup. Ia amat berbeza dengan ilmu, yang mana dapat dicari melalui buku-buku. Pengalaman didapati oleh orang yang menagalaminya sahaja.

Banyak kerjayaan dicapai hasil kekecewaan, kerana kekecewaan menutup satu babak perjalanan hidup dan membuka suatu lembaran baru, menghidupkan keazaman baru dan semangat baru untuk mencipta kejayaan yang dicita-citakan.

0 comments: