Bimbang ertinya berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yang diingini berlaku. Bimbang juga bermakna khuatir atau risau.
Bimbang, adalah satu perasaan yang lumrah dalam hidup kita.
Bimbang, boleh menjadi pendorong ke arah kerja kuat. Bimbang juga boleh memberi kesedaran atau mengingat kita, betapa cabaran atau dugaan yang sedang atau akan dihadapi, perlukan perhatian yang bersungguh-sungguh, tidak lupa diri dan tidak alpa.
Bimbang boleh menjadi sebaliknya, iaitu negatif,
sekiranya dibiarkan sampai ke tahap keterlaluan.
Tahap histeria. Di mana kita jadi tak tentu arah,
fikiran bercelaru, mudah putus asa dan sugul.
Oleh itu waspadalah. Ingat bahawa bimbang ialah
sesuatu yang lumrah. Ia boleh hilang atau tidak menyeksa diri kita, jika kita dapat mengawalnya. Ia boleh hilang atau boleh berkurangan.
Kita mesti ingat bahawa, kita tidak boleh berpatah balik.
Kita tidak boleh kecewakan sesiapa pun.
Lebih-lebih lagi diri sendiri.
Saturday, February 6, 2010
Masalah Bimbang
Alang-alang gunung di daki,
Biar sampai ke puncak tinggi,
Alang-alang mengejar mimpi,
Biar sampai ke hujung pelangi.
Posted by w@n at 10:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment